Thursday 5 December 2013

Keajaiban Aloe Vera

Assalamualaikum,

Syukur kita ke hadzrat Allah (s.w.t) yang telah memberi kehidupan kepada insanNya diatas muka bumi ini buat sementara waktu sebelum kita datang mengadapNya di Akhirat kelak. Allah (s.w.t) mengurniakan kita rezeki dan tubuh yang sihat agar kita boleh terus menjalani kehidupan yang sempurna.Demikian juga Dialah yang memberi kita penyakit serta memberi penawarnya pula.

Penawar yang Allah (s.w.t) kurniakan kepada kita ialah pengetahuan perubatan moden oleh doktor serta ubat-ubatan untuk penyembuhan.Diantara ubatan itu terdapat pelbagai jenis tanaman atau pokok ubat yang digunakan dalam perubatan tradisonal. Ianya telah diamalkan oleh orang sejak zaman dahulu bukan sahaja untuk merawat penyakit tetapi juga sebagai pencegahan. Dikalangan masyarakat Melayu terkenal dengan ulaman iaitu daunnya dimakan bersama hidangan nasi seperti daun pegaga, mengkudu dan sebagainya.

Ramai orang pernah mendengar atau melihat pokok lidah buaya iaitu sejenis tumbuhan yang dijadikan pokok hiasan di laman rumah tetapi ramai belum mengetahui tentang khasiatnya. Sebenarnya lidah buaya ini telah lama digunakan oleh pengeluar produk pemakanan, kosmetik, kesihatan dan herba.

Menurut Wikipedia Ensaiklopedia Bebas:

Lidah Buaya adalah salah satu tumbuhan antara 250 spesis Aloe serata dunia. Aloe adalah tumbuhan asli kepada timur, selatan dan utara Afrika dan Madagascar dan telah diperkenalkan ke Hindia Barat dan negara-negara tropika yang lain, yang mana ia tumbuh liar. Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasiAlgeriaMoroccoTunisia, serta kepulauan Canary dan Madeira. Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi.Selain itu, pokok herba ini juga sangat popular dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. Walaubagaimanapun ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia.